HOME ask DASH FOLLOW

December 31, 2011

2012 is coming


Hello fellas, 2012 akan tiba. WOAHH. Sekejap je masa ni kann? Rasa macam baru semalam esya masuk sekolah darjah 1. Dah form 2, cepatt kannn? Mesti semua readers pergi KL dan I-city kann? #banyak kannn. Esya tak tengok bunga api letupletup tu, esya tengok api gas kat rumah je. Kfine, best kot. And, esya tak tengok lampu-lampu kat I-city punn. Cuma tengok lampu kat rumah sudah memadai. Tengok lampu kat rumah pun best, sebab dia kaler putih je. Tidak membosangg kan. Apa yang special nya tahun baru? Haaaaaaaah .. Esya pun tak tahu -.-

- Korang silakan masuk bilik air pada 11.59, sebab korang akan keluar pada tahun depan. Boleh cite kat satu dunia.
- Dan, esya pasti kalau korang tidur. Korang akan bangun tahun depan. Wohhhoooo! Excited gilababun. ^^V
- Sekolaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!! <-- Ini paling gempak siukk!

Hah, itu kot kebaikan nya :) Esya tak tahu sangat. So this is the last entry, byebye 2011. I'll miss ya :'( Banyak kenangan kat 2011 ni. Kenangan pahit , manis, masam, dan sebagainya. Sedih esya, wah . Nangis sikit. HAHA XD Kbye.

Korang kenal Nathan Sykes ? Bila aku tengok mamat tu hensem pula TT^TT

December 30, 2011

End of Holidays


Hello fellas, apa khabar? How's your holiday? Gempak? Hahaha, kalau esya tak gempak langsung. Whywhy? Sebab cuti sekejap je, rasa macam nak cuti lagi. How bout you all? Korang pun nak holiday lagi kan.? I know that -..- Masa sekolah ada banyak peraturan . Contohnya :-

- Online hanya pada Jumaat,Sabtu dan Ahad.
- Kene buat homework.
- Kene tengok muka cikgu setiap hari.
- Kene dengar ceramah harian daripada cikgu. Itu bestt wooo.
- Menyanyi masa perhimpunan. Itu boleh menunjukkan vokal esya sedap ke tak -.-
- Dan banyak lagi.

Banyakkan? Haa ! Lepas ni esya jarang lah update, Omygawhh ! My fanfic, tidakkk. Soryy kalau esya tak update#macamlah orang nak sangat esya update XD Tu jela. BYE ! Back to school ^^ Vroooomm..

Korang punya holiday best tak?

December 23, 2011

Five day challenge


Hello fellas 

Pertama kali esya buat challenge, okay fine saya 'I`m noob and I know it' Tak payah ejek tau.

Day 1 - One thing that you want right now.
Day 2 - Two people you want to be right now.
Day 3 - Three of your favourite songs ever.
Day 4 - Four of your favourite memories.
Day 5 - Five things you would like to do before you die.

Okay tu jela dia punya challenge. Tak tahu lah tahun bila akan kubuat ini benda -.-

Sims 2


Hello fellas, korang tahu tak tutorial, download SIMS 2 dekat blog Kak Nazihah. Mesti tahu kann? Haaa! Best kot sims 2, esya main tak henti-henti #Kenyataan ini adalah tidak benar. Sebenarnya, tak dapat main pun T^T install pun tak dapat. Ya Allah ! Kenapa?? Tak tahu lah kenapa. #SHIT. Dah hampir seminggu lebih esya tunggu, dengan internet macam @&$!&#@^%$. #kan dah mencarut,maaf. Bila dah siap download, wahhhh.. Hatiku terasa gembira yang amottt. Lepas download itu,download ini,download itu pula. Wahh, excited lah ^^. Sampai je kat satu tempat, dia tak boleh install. T^T Rasa macam nak nangis, tapi kene control hensem -.- #Haha. Lepas tu, nampak Liza online, weeee ^^ Esya tanya dia, tapi malangnya. Tak jadi juga. #shitt.. Liza, sorry kacau kau tadi. Dan thanks ajar ^^. Sedih. Patutnya boleh install, entah kenapa itu semua terjadi. Jika korang ditempat esya, apa yang korang rasa? Tunggu punya lama, last-last tak boleh buka. asjahdgshfsfadhsdahashhskfjfks ! WARGHHH! Watofuk #soryy ya O:) 

Boleh tak nak tukar topic? #Hikhik.

Semalam esya pergi Jusco, wahh. Baru buka,hari Isnin yang lalu.Besar juga tempat tu,macam dekat .. JUSCO XD #lawak bodoih. Best kott, masuk je tempat tu, rasa macam kat Damansara tapi bila keluar. Haaahh! Kat Rawang balik -.- #LOL. Ayah esya ada hati nak beli rumah kat emerald. Sebab apa? Sebab Bandar Tasik Puteri ialah pemaju penipu, ketuk kepala 13232457463574987 kali karangg. Kata nak buat highway lah itu lah inilah,wah, kau cakap bukan main manis mulut. Sekali, satu batu bata pun tak ada. Haktuiihhhpuihh !  Hari tu esya pergi LowYuat. Ada banner Bandar Tasik Puteri, wahhh. Indah yang amat kot. Bila pergi , wargghhh. Tak boleh kata apa-apa,hanya terduduk dan terdiam. Pastu banner kedua, Bandar Tasik Puteri, siap ada  Swimming Pool kot. LOL XD yang ada cuma longkang. Itulah swimming Pool yang dimaksudkan. Dan , bawah tu dia ada tulis 'A Complete Township' Hahaha, dia typo error tu. Sepatutnya ' A Complete Townshit' baru betul. \esya ialah penduduk yang tak setia, but i care?? No rite ^^/


P/S : Tak marah tapi nasihat. Tumbok nak? XD Jkjk.

December 20, 2011

Saya main-main je, adoi kamu ni.

Hello fellas, tadi esya online. Esya ada comment kat tutttt #nama di sensor. punya status. Tiba-tiba, adiknya tuuttt. Pergi mencarut. LOL XD Haha. Watlekk ^^v Ikutkan hati,nak mencarut balik. Sebabkan dia adik tuttt,kalau tak. Teruk padahnya. LOL XD takde ah,esya baik orangnya. Kalau orang hina ke apake, esyanak senyum je. Marah-marah pun dapat apa,dapat dosa je. Biarlah dia mencarut ke nak apa ke, esya tak kesah pun.Lantok pi sano :P Takdo orang herannya. Ini cara dia mencarut -->

Hahahhaha, best kot kene mace tu. Rasa cam nak tumbuk je screen laptop. Tapi esya buat muka ni je -->

Thanks a lot sebab cakap esya cenggitu. You know what, i like it when you say like that. -.- Tapi apa salah nya kan, orang nak sebut b*b* . Mungkin diorang rindu kan b*b* tu. Siapa tahu kan. #lol, saya main-main je. Kasar benoo ayat dia kott. Ok tu je ah. #kepada tuttttt,JanganMarah saya main-main je , adoi kamu ni.

P/s: Korang tengok VanillaCoklat[selasa/tv3]?Hero dia hensem kot,nama sebenar dia Aiman -.- 

Budak baik,Batrisyia Rosli. 

December 14, 2011

Camp_rock 2


Hello fellas, pagi tadi korang tengok tv3 tak? Camp rock 2,tak sangka cerita tu dah keluar kat tv3. Setahu esya kat disney channel tak keluar lagi cerita tu. Best kot ! Terutamanya time Nick nyanyi kan sebuah lagu untuk perempuan tu #Kfine,tak tahu nama perempuan tu T^T. Kan best dapat bf macam Nick. Dah lah artis,sumpah best. Lagu yang dia reka pun best sangat. Introducing me :) Wah,konfem best do jadi pompuan tu. Bukan dari segi pakaian. ehemehem, nonono ! yang part paling gempak,time dorang tengah lawan CAMP WARS ! Wow, great ! Tapi Camp rock tak menang . Ohshit T^T Aku tak paham kenapa itu semua terjadi. Er, Jonas Brothers hebat lah dalam tu. I love this script :

Nick : I am very useless !
Joe : I agree !
Nick punch Joe .
Aku tergelak-gelak time tu XD Act, tak kelakar langsung -.- Sebab apa esya gelak? Sukati ah ! #garang. Esya suka lah Joe kene pukul^^b Great Nick !  Tu jela , kbye :)

p/s : Mari layan fanfiic esya. Tak sedih pun :) Tak mungkin buat hingus meleleh XD Macam cerita Ombak rindu .. -..-

December 12, 2011

Kabin 23 [Part 3]


Sinichi , 14

Rumble Class

Aiko : Ha ! Ini kelas kita. Rumble Class.
Ayumi : Apa ke peliknya nama kelas ni -.-
Aiko : Jadi kau duduk sebelah aku. Okay?
Ayumi : Ada tempat ke untuk aku? Minta-minta adalah kan.. 
Aiko : Of course ada.. Tak de orang nak duduk sebelah aku. T^T
Ayumi : Oh, jadi biar aku yang duduk sebelah kau.
Aiko : Okayokay.

In the class

Ayumi : WOW, macam kelas orang gila.
Aiko : Hmph, okay. Nanti kau akan kenal semua haiwan ni.
Ayumi : Aiko ! Kau ni , tak baik lah cakap macam tu.
Aiko : Kesah ?Perangai memang tak macam manusia. SUCKS.
Sinichi : Hai ! Saya sinichi ^^
Ayumi : Yumi :)
Sinichi : Awak budak baru eh?
Ayumi : Ye.
Sinichi : Mesti tak tahu kan, cikgu-cikgu. Diorang semua ni?
Ayumi : Dah nama pun baru masuk -.-
Sinichi : Yumi !
Ayumi : Er, sorry . Ya , tak kenal ..
Sinichi : Saya boleh tolong.
Aiko : EH! No way.. Go and find someone else. Shuh !
Sinichi : Ayumi , kita boleh jadi kawan baik kan?

Aiko mengeleng kan kepala nya sambil memandang aku.

Ayumi : err, ya mestilah ^^
Sinichi : Yay ^^
Aiko : Dah sinichi ! Dia lepak ngan kaulain kali. Blah !
Sinichi : Bye , Ayumi .. Penyebuk kau !
Aiko : Blahhhh !

Kantin

Ayumi : Kenapa kau halau Sinichi tadi?
Aiko : Er, sukati ah ..
Ayumi : Aiko,awak kenelah bagitahu saya ..
Aiko : Dulu first time aku sekolah sini,semua benci aku .. Takde sorang pun yang nak kawan dengan aku. Kalau ada budak baru, mesti dorang hasut budak baru tu supaya benci kat aku. Sebab tu lah aku tak nak kau kawan ngan dorang. Konfem kau pula yang beci aku.
Ayumi : Err, aku tak akan buat macam tu kepada kawan aku . Aku tahu , kau baik . Satu hari nanti dorang mesti tahu yang kau ni kawan yang baik ^^
Aiko : Thanks :)

Dalam kelas

Murid : AMIK KAU (^,^)-o)*.*)

Ayumi : Kelas macam sampah ..
Aiko : Yep, teruklah kau kene masuk kelas ni ^^b

>>TO BE CONTINUED<<

Greyson Chance contest

Hello fellas,
Tadi esya log in facebook . Lepas tu terjumpa Greyson Chance contest. Dia ada buat 2 contest, satu untuk Malaysian dan satu untuk penduduk USA(wth) Yang untuk penduduk USA tu yang senang >.< Sebab tak pakai duit pun. Just cover satu lagu pastu habis cerita ! Yang untuk Malaysian kene beli caller ringtones pastu nanti Universal Music Malaysia call kita. Pastu , kalau menang dapatlah kad christmas dari Greyson Chance. Tapi malangnya , kita orang islam T^T What a stupid love story #LULZ

Greyson Chance fever ! Dulu Bieber fever,tapi esya tak minat bieber .. So,tak kenelah Bieber Fever ^^b Untunglah kalau siapa yang dapat join -..-

Me : Greyson , sorry man i cant join that ..
Greyson : That's okay, u still can win my heart ..

#OKAY FINE PERASAN JAP :P <--macam babun ^^b
Haha,esya memang cenggitu. Berangan je lebih.. Mak esya kata "Greyson tak layan orang pakai tudung" Err,no way..One day he'll know,who am I ! Dandandan,esya akan facetoface dengan dia dekat hollywood nanti #berangan . Siapa tahu,kalau esya dapat jumpa dia.. Mungkin dapat. Who knows?

Urgh,i want to join the contest. Tapi mengapa???? Just dapat card je,bukan nak celebrate or whatever else. Dapat kad buat kenangan dah cukup. Kalau dia cakap pasal tuhan dia.. Apa lagi buang , ambil tandatangan je.. Tapi ada beberapa yang buat tak tahu je. Adoi esya dah pening dah -..-' Nanti esya tanya mak esya,harap-harap boleh lah masuk ^^b Tu jelah,bye . Thanks a lot..

p/s : Esya nak cover lagu(piano) Tapi tak tahu nak cover lagu apa -.- Help Here ^^b

Tak suka jangan lah kutuk :)

 
Hello fellas,
Esya nak tanya korang sesuatu :

Kenapa harus mengutuk?
Kalau korang tak minat Greyson Chance / k-pop. Tak perlu kutuk-kutuk. Macam budak gigi arnab. Dia kutuk sikit je. Sekali , famous terus -.- Adoi,macam-macamlah. Yang esya tak puas hatinya,korang mengutuk Greyson .. Wahh, ikut sedap molot je -.- Bukan apa. Esya tak nak lah korang kutuk-kutuk. Even Justin Bieber pun,kalau tak suka dia tak perlu kutuk dia. Esya pun bukan minat k-pop and Justin Bieber. Tapi , esya malas nak kutuk. Kalau kutuk pun dapat apa? Dapat dosa je. And one more thing,tak perlulah nak kata yang Greyson ngan Justin musuh or whatever. Mereka kawan,kalau korang cakap cam tu. Justin & Greyson pasti kecewa dengan korang. Kalau seseorang tu die-hard-fan pun, jangan lah nak marah-marah sang pengutuk. Mungkin dia mengutuk untuk kebaikan untuk korang. Esya die-hard-fan Greyson,tapi kalau orang ejek Greyson, i always make a smile. Setiap manusia tak sempurna. Bukan dia sorang,walaupun k-pop guys muka macam perempuan,tapi korang tak tengok perangai mereka. Err, muka jambu tak semestinya Pundan* Dan,nama pelik pun korang nak gelak? Err, no need lah ! Nama Greyson Chance = Peluang Anak Lelaki Kelabu. Err, prob with the name? Dont think that your name is perfect :) But your name is superb perfect. Kalau dapat nama sempura tu. Bangga lah sikit , tak perlu kutuk nama orang lain ^^b

However awak tak suka mereka,tak perlulah mengutuk ^^b Kalau rasa diri tu dah sempurna sangat,baguslah ^^b Teruskan..

p/s : Muka jambu tak semesti fondan. Dan nama pelik tak semestinya tak sempurna. Anda amatlah sempurna di mata saya ^^b Thanks a lot

December 10, 2011

Kabin 23 [Part 2]


Aiko , 14

Bullworth Academy School

Ayumi di pukul oleh seseorang

Ayumi : Kau ni tak de keje err? Nak suruh aku mampus ke?
Aiko : Err, Aiko.
Ayumi : Dia tak minta maaf pun !
Aiko : Pehal diam? Aku dah bagitahu nama aku kan. Apalagi,bagitahu lah nama kau.
Ayumi : Ayumi. Panggil aku Yumi.
Aiko : Nice name.
Ayumi : Terima kasih. Awak pun.
Aiko : Mari,aku tunjukkan bilik pengetua. Yang pasti kau mesti nak jumpa dengan orang tua tu kan.
Ayumi : Ya !

Mereka pergi ke bilik pengetua bersama-sama.

Bilik pengetua

Pengetua : Ahhh, Ayumi. 
Ayumi : Boleh panggil saya Yumi.
Pengetua : Aiko,kamu boleh keluar.
Aiko : Baik tuan!
Pengetua : Jadi,kamu harus tahu peraturan di sini. Pengawas sentiasa bersiar-siar di kawasan sekolah ni. Dia nampak je kamu buat salah,kamu akan masuk dalam bilik saya. Di atas kertas ini,ada beberapa peraturan. Sila baca..

Ayumi mengambil dan terus membaca kertas itu.

Bullworth Academy [girls rules]
Peraturan :-
  • Di larang memukul murid-murid.
  • Di larang memasuki asrama lelaki.
  • Hormat guru-guru.
  • Di larang membawa senjata.
  • Pakaian sekolah.
  • Masuk ke asrama sebelum pukul 11 pm
  • Tidak boleh masuk sekolah selepas jam 6 pm
Pengetua : Baiklah,kamu boleh tukar baju di bilik kamu. AIKO ! Saya tahu awak di luar.
Aiko : Ye tuan !
Pengetua : Pergi tunjuk dia kawasan sekolah.
Aiko : Baik tuan ! 

Aiko menunjukkan bangunan-bangunan yang ada di sekolah ini. 

Ayumi : Cantik juga sekolah ni.
Aiko : Okay, ini bilik kau. Oh,dan ini dia kertas peraturan. Tampal kat dinding. Kat dalam ni,ada pengawas perempuan akan jaga. Sebab,budak lelaki selalu masuk sini.
Ayumi : Ewk, okay. Kau punya bilik kat mana?
Aiko : Dekat sini lah ^^v
Ayumi : Kenapa tak bagitahu ?
Aiko : Nak buat kejutan je.

>>TO BE CONTINUED<<




Kabin 23


Ayumi , 14


Rumah Ayumi

Pn. Itsuki : Makan malam dah siap!
Rin : Arghh ! Itu aku punya !
Ayumi : Hah ! Aku tak akan kasi.
Pn. Itsuki : Urghh,jangan bergaduh !

Gedebukk !

Ayumi : Isk,Isk,Isk T^T
Rin :Padan muka kau ! Lain kali jangan menggedik nak ambil barang aku.
Pn. Itsuki : Apa masalah ni ! Kan dah nangis !
Rin : Budak kecik macam yumi ni memang kuat nangis.
Pn. Itsuki : Dah ! Jangan menangis lagi. Mari kita makan kat bawah.

Ruang makan

Rin : Erk, ibu. Ayah mana? Dia tak 'join' kita makan ke?
Pn. Itsuki : Ayah kamu belum balik lagi. Mungkin dia lewat sikit. Dia suruh kita makan dulu.
Rin : Oh , jadi Rin makan dulu ye !

Puan Itsuki tersenyum lebar apabila melihat telatah anaknya, Rin. Dan senyuman yang terukir di bibir Puan Itsuki bertukar menjadi kesedihan. Raut wajah Pn. Itsuki membuatkan anaknya pelik lalu bertanya,

Rin : Ibu,kenapa nampak sedih je ?
Pn. Itsuki : Erk, mana adalah ! Mungkin ibu kepenatan. Hari ni banyak sangat kerja.

Setelah selesai makan,Rin dan Ayumi terus naik ke atas. Ketukan pintu yang kuat menyebabkan mereka terjaga. Pn. Itsuki yang membuka pintu, alangkah terkejutnya apabila dia melihat suaminya berada dalam keadaan mabuk.

En. Hatake : Kau ni ! Apahal lembab sangat bukak pintu ! BODOH !
Pn. Itsuki : Kau yang balik lewat sangat ! Kenapa ?!
En. Hatake : Kau diamlah pompuan ! (menampar Pn. Itsuki)

Ayumi terus bangun dengan niat hendak membantu ibunya. Tetapi di halang oleh Rin .

Ayumi : Kenapa kau nak halang aku !
Rin : Lebih baik kau tidur je, kalau kita lawan,silap-silap ibu yang kene bunuh !

Ayumi terduduk , dan menangis. Rin hanya mampu menahan diri daripada menyerang ayahnya. Hampir setiap hari ,ibu dan ayahnya bergaduh. Kadangkala,ayahnya akan mmukul ibunya hingga separuh mati.

8.00 am , ruang makan

Rin dan Ayumi terkejut apabila melihat muka ibunya yang penuh dengan lebam. 

Ayumi : Ibu ! Kenapa dengan muka ibu? Mesti sebab lelaki tu kan? Yumi dah agak,kalau ibu tak kahwin dengan lelaki sial tu. Semua ni tak akan terjadi !
Pn Itsuki : Yumi ! Jangan banyak cakap,nanti terlambat pergi sekolah.
Ayumi : Ibu kene tinggalkan lelaki tu !
Pn.Itsuki : Yumi ! 
En. Hatake : APAHAL BISING-BISING NI ! AKU NAK TIDU PUN TAK SENANG !
Ayumi : Kau tidur kat tempat lain lagi baguslah orang tua !

Puan Itsuki menampar Ayumi. Muka En. Hatake nampak marah.

En. Hatake : Kau kene hormat aku sikit lah budak !
Ayumi : Aku takkan hormat kau sampai aku mati !

Encik Hatake mengangkat tangannya dengan tujuan hendak menumbuk Ayumi , tapi di tahan oleh Pn. Itsuki.

Pn Itsuki : Tolong jangan pukul anak saya.
En. Hatake : Boleh ! Esok,aku akan hantar anak kau pergi sekolah budak jahat ! 
Ayumi : Tapi..
En. Hatake : Shhh,tak ada tapi-tapi. Kalau kau nak tengok ibu kau ni hidup. Jangan bantah !

Rin dan Ayumi memeluk ibu mereka dengan erat.

Sekolah baru ayumi

Ayumi : Erghh, hidup aku memang ta pernah sempurna .(berkata di dalam hati)
Pn. Itsuki : Ayumi,nanti ibu akan selalu melawat kamu.

Ayumi hendak memeluk ibunya tapi dihalang oleh En. Hatake.

Ayumi : Apa masalah kau !
En. Hatake : Pergi masuk !!
Ayumi : Tapi.
En. Hatake : MASUK !!
Rin : Ayah , bagilah Yumi peluk ibu dulu.
En. Hatake : Kau pun nak masuk sini ke?!
Rin : Tak nak.
En. Hatake : Kalau tak nak,kau jangan bising ! Bodoh !

Hanya tinggal Ayumi di sini keseorangan ..

>>TO BE CONTINUED<<

December 8, 2011

Azam :)

Halo, apa khabar semuai  .. \Johan RL punya skrip :)/
Belum tahun baru lagi .. Dah nak buat post pasai New Year .. Biasa lah kan , esya tak de idea lah .. Jadi mari mulakan :) :


  • Esya nak taat perintah Allah \tak nak tinggal solat/
  • Belajar bersungguh-sungguh sampai dapat straight A \kfine,tengah berangan/
  • Esya nak buat yang terbaik time tengah temu duga PRS \nak pakai baju kaler ungu/
  • Nak buat satu lagu \perasan/
  • Tak nak online sampai pukul 2.00  AM \ye ye je/
  • Nak kurengg kan ber-facebooking :B
  • Tak nak marah bila esya di ejek .. \ini memang serius/
  • Tak nak ber-gossip dan cerita hal buruk pasal orang lain \hehe kantoi/
  • Dengan semua orang tanok cover - cover bagai ^___^ \jadi diri sendiri di depan semua orang kan best/
  • Tak nak melompat dalam kelas.. \LOL, esya melompat ke? \Lupakan je/
  • Tak nak jaga tepi kain orang lain \kalau diorang tanok cerita,lantok pi sana .. Saya pun ada kisah sendiri :)/
  • Siapkan semua homework yang cikgu kasi \ini yang UTAMA/
  • Layan kawan-kawan dengan baik,kalau diorang gaduh.. Saya tak berpihak kepada sapa-sapa .\soryy kawan/
Wahh banyak azam,boleh ke buat semua tu? Insya-Allah :) Okay tu je lah.. ByeBye

p/s: Tengah pikir pasal mimpi ku yang babun , sambil melayan cerita terowong.

December 1, 2011

Contest,i love my blog

Hi,hello .. Apa khabar? Baik kan? Contest di bawah ini ditag oleh Alienoid dan di jemput oleh Najla (:


  • Mesti ada blog. Kalau takda cepat-cepat sign up.
  • Wajib
  •  follow blog Najla \unuk mengetahui perkembangan selanjutnya/
  • Postkan link anda di ruangan comment.
  • Link seperti ini ''www.hainamasayanajla.blogspot.com/'' tidak akan diterima.
  • Lelaki dan perempuan sahaja dibenarkan masuk.
  • Tempekkan sekali banner contest.
  • Nyatakan bagaimana anda mengenali blog anda dan bagaimana anda design blog. 
  • Tag sekurang-kurangnya 2 org rakan anda dan pastikan mereka tahu.
Hadiah-hadiah yang menarik lagi besttt :-
  • Tempat Pertama : Korang bgitahu apa yg korang nak and then najla post kan ke alamat rumah anda. contoh : baju, owl necklace / RM50.00
  • Tempat Kedua : Owl Neklace/Edit Blog Full
  • Tempat Ketiga : Cincin Owl
 Assalamualaikum,saya Esya. Pemilik blog ini,esya telah memberi nama blog ini sebagai SyaSya Squarepant. Kerana esya suka sangat kat Spongebob Squarepant.. Blog ini telah dilahirkan pada 14 Mac 2011. Bermakna,blog berumur 10 bulan :) Dulu-dulu,esya tak reti nak guna blogskin . Jadi esya guna blogger template(template designer) Memang buruk lah .. Lepas beberapa bulan,esya dah up sikit. Pakai lah denim/washed denim. Kawan-kawan selalu suruh esya buat template blogskin. Bila esya tengok je blog diorang lawa-lawa terus esya try pakai blogskin. Tapi malangnya , esya langsung tak pandai edit. Adoii-.-' Baru-baru ni lah,esya pandai edit guna blogskin dan sampai sekarang lah esya menggunakan blogskin :) Sekarang, Alhamdullilah , esya dah mengedit 2 blog dan menghasilkan 1skin :) Esya suka tengok blog jaja. Cara dia meng-edit blognya memang menggunakan tangan yang lembut sangat :) Selama 10 bulan saya berblogging , saya mendapat 90 followers. Walaupun sedikit,tapi esya menghargai follower-follower sekalian. Cara esya meng-edit blog ini dengan tema biru ke hijau-hijauan :) Orang putih kata , TURQOISE .. Esya juga membuat entry tentang facebook atau diri sendiri (: 


Okay itu sahaja kbye :)


tag -->
http://superb-woman.blogspot.com
http://jajacampurcampur.blogspot.com

p/s : Doakan esya menang :) I nak sangat Owl Necklace ^^