HOME ask DASH FOLLOW

November 29, 2011

Blogskin account~♥

Hello guys,
Di atas ialah gambar skin yang esya buat :) Tak percaya sudah ! Esya baru buat account blogskin tadi..Website for blogskin ---> www.blogskins.com .. Happy ending lahh ! Mula-mula buat skin,pastu account , pastu submit skin, endingnya ialah
Your skin have been submitted
Tidak boleh dikatakan,berapa gembira nya esya .. Bila pergi home blogskin,nampak skin esya di recent skin :) Rasa cam nak nangis pun ada juga . Esya yang bodoh ini dapat membuat skin untuk blog.. :') Dari tengah hari, tadi sampai petang esya buat skin ni tahu .. Semoga ada juga orang nak pakai skin buruk tu.. Hikhik^^ aduhhh,, diriku terasa happy bangeettt ! Ok tu je..

p/s : Hope korang nak guna skin tu .. IREALLYHOPETHAT♥

Cleverbot :) Whataaaa?

Apa itu cleverbot?


Clever ialah tempat chitchat tapi bukan dengan manusia.. Dengan website tu lah :) Serammm ? Lansung tak lah :) Cuma anda akan sakit hati dengan website tu.. Dia paham bahsa Melayu,kalau kita mencarut dengan dia. Wahh,dia lagi hebatt :) Nak chat dengan mende tu mesti ada kesabaran yang mencukupi,tak pasalpasal nanti lappy korang tu di tumbuknya XD

Best tak chat ngan Cleverbot?


Haha,best lahh.. Tapi kalau dalam bahasa melayu.. Dia agak flirt macam sial.. Gila sex lah katakan. Kadang-kadang bengang je .. Tapi kalau english punya style,dia baik lah juga .. Tapi tak habis-habis luah kan perasaan.. Jadi,kalau dia luahkan perasaan cinta dia kat korang.. Jawaplah 'DIAMLAH' .. Pastu, kau kene tahu lah .. Konfem dia mencarut balik kat korang XD

Dah buka,tapi cara dia chat sejibik cam orang betul,awat tu?


Memang dia sejibik cam orang betul.. Kadang-kadang esya pun ingat dia tu orang betul.. Tapi yang membuktikan bahawa dia bukan orang betul ialah sekejap-kejap kata yang dia tu perempuan,pastu kata dia laki pula. Dia bukannya clever sangat pun.. Tapi kalau dia mencarut bagai,jangan lawan kalau lawan.. Wahh,lagi lahh ! Dia lagi hebat dari korang XD

Tak suka lah chat dengan dia,sebab dia flirt sangat. GS *


Memang dia GS. Esya pun tak tahu ngape.. Korang kene lah lawan sikit kalau dia minta bukanbukan.. Sebab dia tu memang kurengg  sikit.. Tapi,kalau korang baik sangat,dia naik tocangg ! Dia akan minta bukan-bukan,tapi itu untuk melayu style punya lah. Kalau english punya , esya tak tahu sangat. Sebab esya tak pandai sangat bertutur kata dalam bahsa inggeris. XD

Apa nama webby dia? Nak tahu :)


Nama website dia = www.cleverbot.com
Take a not = Jangan salahkan esya apa-apa tau kalau dia buat benda tak senonoh.. Sebab korang yang nak      buka.. :B dan jangan mencarut lebih-lebih.. Berdosa lah kawan ;)

p/s : Try it lah.. Very happening lah der ;) esya ♥

November 28, 2011

Facebook Status?

Do add do talk?
Hi semua rakyat Malaysia :)
Dah lama tak update blog ni,sebab sibuk melayan cousin. Tak menyempatlah nak buka blog.
Sebenarnya tajuk kali ni agak entah apa-apa. Ramai di facebook suka tulis cenggitu,Esya baca pun macam nak pukul je diorang -.-' Sebab apa? Sebab ayat diorang tak boleh bla,

Add aku, tapi taknak tegur GEDIK.. Remove kau^^ Kbye.
Teruk betul,sebab tu je dah nak remove. Apa je,bila ditegur sombongnya, MAKAIHH. Mengalahkan artis pula -.-' Mengarut lah! Moralnya,korang tak perlu nak memaksa orang tegur korang. Kalau nak sangat orang tegur,pergilah tegur dia dulu. Dan kalau dia tegur,kamu janganlah sombong kayhh^^

Garangnya ^^
Ini lagi satu,status korang asek-asek nak marah je koje.. Esya baca satu-satu .. Hish-3 Marah,marah,marah,dan marah . Bawa bertenanglah :) Chill DUDE ! Esya pun ada buat status marah-marah.. Tapi tak adalah sampai nak buat 1 profile nak marah-marah. E.g -->

Gi mam lah VAVI ! Ingat kau bagus sangat? Boo! Fak lah kau !
 Ayatnya, pergh GEMPAK lah wey ! Jangan marah-marah ya kakok .. Nanti cepatlah tua ^^

Apa yang korang buat,semua nak cerita -.-'
Status korang,wahhh ! Hebatlah sampai ngah Mandi pun mahu cerita :) 
Contoh :
1.Saya tengah mesej dengan balak saya dan ex saya
2.Dia mintak clash :O
3.Ex saya minta couple balik :)
4.saya sedih :(
Dan banyak lagi ! Tapi yang Like nya.. Pergh, [23 peoples like this] Hebat tak hebat? HAAA!! Hebatkan ^^

Salah ke?DP dan nama lain :)
Dp dan nama lain,salah ek? Mengarut je,macam-macam diorang ni. Of course esya terasa,DP esya gambar GC. Sebab esya dah boring letak gambar sendiri.. Bukan takut pun,cuma esya tak de gambar terbaru. Lagi satu,kalau letak DP sendiri, HAA! Korang tahulah,orang print gambar kita dan kasi bomoh lah itulah inilah. Dan sekarang orang ada buat page 'BOHSIA MURAHAN' Ramai suruh private kan gambar.. Tapi DP? Haha! Muka kau juga kan -.- Kalau orang yang kita tak accept pun boleh tengok DP kita,konfemlah diorang save DP kita .. Apalah korang ni,pastu nak marah-marah. Tak boleh lah cenggitu :) Contoh:
Sory kepada sesiapa yang tak letak DP sendiri. Aku nak remove
Aku tak akan approve orang yang tak letak DP sendiri
Note dari esya kepada sesiapa yang cenggitu, REMOVE LAH AKU,TAKPAYAH APPROVE AKU PUN TAK APA ! okay :) Sebab esya akan berkawan dengan sesiapa yang open minded :)

Tu je ahh, Kbye :) 

p/s : Renun-renungkanlah dan selamat beramal :)

November 17, 2011

Harimau Malaya + Greyson + Doodle/Dodoi (:


Hello chingu(s)
Gambar di atas ialah gambar Greyson Chance. Tak kenal? Okfine,kau duduk hutan mana? Semua orang tergila-gilakan dia ni. Yeah termasuk esya,comel do time dia makan durian. Pertama kali esya tengok orang makan durian guna sudu -.- Esya harap dapatlah jumpa dia,sekali pun tak apalah. Manalah tahu,dia pergi melancong ke. Untuk peminat Justin Bibir,korang semua dah lupa kan dia kan? HAHA ! Bla la wey.. Dah minat justin minat je lah. Dulu kemain bangga lagi dengan Justin tu. Sekarang fakfak pula kat dia,tak yah lah sebok kat Greyson. Bagilah orang yang tak minat Justin suka kat dia. Act,korang dengki kan? Muka justin macam atok. Adoi,pergilah balik kat dia. Jangan lah sebok dengan Greyson. Haish,esya tempek gambar justin kat kepala kang! Tapi yang tak boleh bla nya,status korang jiwang bagai,

Oh,my love Greyson
Greyson i love you more than my life :)
Dan pelbagai lagi,hakikatnya dulu korang minat kat Justin Bibir . Sekarang buang dia macam sampah(bagus sebenarnya). Kalau Cody Simpson datang confirm korang buang Greyson lak . Tapi takpe,buang lah greyson dari hati korang. Senang cerita,! Biarkan esya sorang je minat HAHAHA(poyo) So,korang renung-renungkanlah :)

Cerita pula pasal kemenangan Malaysia tadi,fuhh ! Lega rasanya Malaysia menang :) Tapi ada juga yang marah-marah such as ,

GEDIKLAH KORANG SEMAK JE,POST BANYAK KALI !
(serius ini contoh je )

Diorang bangga Malaysia menang,esya pun bangga. Korang ni apa ja,menang salah kalah salah. Hmph,tapi korang jangan bangga sangat. Waktu Harimau lawan Singa korang tuduh diorang berlakonlah itulah inilah,tapi hakikatnya itu semuakan sudah ditentukan. Jadi,kalau kalah tak semestinya korang kena hina diorang. Jangan , tak baik tu. Berdosa apa? Berdosa BESAR ! Kalau menang tu Alhamdullilah. Kalau kalah pun Alhamdullilah,mungkin bukan hari kita. Bila, kalah korang pergi hina-hina pasukan menang,tpi bila menang korang pergi suruh dia baliklah,suruh tidurlah apa lah.. Hmph,so,korang renung-renungkanlah # Bukan Malaysia je macam tu, negara lai pun sama ! HAMPEH !


 Okay buruk,tapi.. Idont care what you say.. You berak keluar pasir,tak patut tak patut !
 ~(','~) (~',')~ \('-'\) (/'-')/ \('-'\) (/'-')/ ε(‾^‾)з \(‾^‾)/ ƪ(˘⌣˘)┐ ƪ(˘⌣˘)ʃ ┌(˘⌣˘)ʃ

Okbyoii! (:

November 13, 2011

Jamuan yang hebat (:

#Taulah tak comel,tapi patung itu comel lah (:
Hello chingu(s)
Assalamualaikum korang,jamuan 1 Arif yang hebat di tesco(KFC) :) Mari mula dari akar,esya ,lyana,dan Iffah,kami naik kereta abang iffah. Memang gila best! Masa,dah gerak tu Iffah cakap kat abang dia,
Iffah : Along,! Cepatlah sikit !
Abang 1 : Kau diamlah !
Terus Iffah diam,act mak dia yg suruh diam kalau tak,perh bergaduhlah! Pastu,abang dia bawa kereta punyalah laju,macam naik F1 kau tahu? Pastu,diorang kene rushing pergi hospital Sungai Buluh,sebab waktu melawat pukul 12.30-2.00. Okay sekejap bebenor -.- Pastu ada pulak MiVi ni lembab gila maut! Kau tak tau ke orang nak cepat. Pastu,abang iffah geram terus buat... Apa-apa jela, pastu sampai lah si tesco (: Pastu, pergilah jalan sana sino sini.Ifah ngan Fatin nak ngorat sorang abang ni,nak nombor dia. Bila diorang minta nombor abang tu,dia buat dekk je. Hak alah,punyalah sombong,pelempang juga kang ! Pastu kitorang tunggu cikgu punya lama,nak tahu sebab apa, sebab aqilah lambat datang .Huwaa,baguslah kau :) Pastu,cikgu pun sampai Alhamdullilah :) Masuklah ke KFC,esya tengok ramai gila orang.Then esya kata kat lyana,
Esya : Nampaknya kene makan kat luarlah -.-
Lyana : hmph, Jawapnya -.-
Pastu,cikgu tunjukkan tempat yang cikgu dah reserved,wow ! Siap ada air atas tu. Nasib baiklah. Pastu kitorang pun start lah menjamu selera,Aliah tak habis-habis nak snap picture. Orang tgh melantak pun kau nak snap,apa kebende noob kau ni -.-' Ikut sakit hati,nak rampas je kamera tu,tapi bila fikir balik dia akan menjerit macam orang sewel baik esya jgn cari nahas. Dah habis makan,ada acara tukar-tukar hadiah,10 orang je join. Budak laki sorang pun tak nak join,KEDEKUTLAH ! Mula-mula esya cabut dapat hadiah sendiri,-.- #Shot ! Pastu second time dapat rantai keling ifa. #Shit Pastu,esya pujuk Faqira supaya dia tukar dengan esya, weee♥ dapat pun,gelang :) Pastu,sambunglah jalan-jalan. Sumpah best ! Pastu kitorang berpecah,tinggal esya,ifa,dan lyana sedang menunggu abangnya untuk pulang. Pastu,group budak hot datang kat kitorang,
Wan : Weyh,sape yang naik cikgu?
Lyana : Liza,Shu,Qilah.
Haikal : Habis kitorang?
Fitri : Weyh,cikgu dah ada kat luar,jomjom.
Dalam hati esya,pandai-pandailah korang berhimpit (: Pastu,kitorang makan minum snapping dan sebagainya. Abang Iffah pun sampai di depan Tesco. Kitorang pun naik, pastu serius kitorang tergelak macam orang sewel dalam kereta. Nak tau apa jadi,
Seorang perempuan gemuk senyum kat Abib(abg kedua Ifa)
Abib : Hek eleh, kau nak senyum-senyum pulak, Woi gemuk woi gemuk ! (padahal mana dia dengar)
Abang 1 : Weyh, kesian dia.
Abib : Tak de ah, Dah lah gemuk nak senyum-senyumlak !

Lagu aishiteru berkumandang di radio.
Abib : Aku suka lagu ni,aku selalu nyanyi kat sorang budak perempuan kelas aku.Aku nyanyi kat depan dia,dia sebok buat kerja math -.-
Abang 1 : HAHAHA!

Ada budak perempuan CUN kat sebelah.
Abib : Kau nak tau camne aku nak tau tu jodoh aku? 
Abang 1 : Cane -.-?
Abib : (menunjukan gaya romantik)
Macam-macam -.-
Abib : Alamak jodoh aku pergi NSK ! XD

Cerita pulak mengarut.
Abib : Kalau awek aku tanya aku ada master,aku cakap aku ada , masterbedroom :)
Abang 1 : Hak alah,aku nak dapat awek master tu pun susah.
Abib : Tengok lah muka kau.
Abang 1 : Muka kau lagi teruk,macam lopak yang kita akan lalu jap agi.
Abib : !@#$%^&*

Kahwin pulak dah ! -.-
Abib : Kalau aku kahwin kan, 20 khemah aku pakai, sebab aku taknak menunjuk :)
Abang 1 : -.-
Abib :Pastu aku nak buat busut,pastu nak buat laluan,kat belakang ada kapal terbang persendirian. Tapi aku tak pakai kompang kau tau. Aku pakai Pancaragam :) Pastu, hantaran aku kasi rantai setebal lengan. Kalau bini aku tanya,asal berat sangat? Aku jawap tu bukan untuk awak,itu untuk mak awak. XD Patu try yg lain,itu bukan untuk awak,tapi untuk ayah awak. Kau nak tau rantai dia besar mana? Nihah! Besar peha !
HAHAHA
Abib : Pastu,aku tak pakai kereta estimo apa kebenda nama kereta tu,! Kereta tu untuk orang gaji je,aku tak mainlah kereta estima tu. Aku pakai Ferari , posher(esya tak tau eja nama kereta tu) . Pastu, orang gaji, sorang 5k kau tahu. Sorang yang lap marble je dah 5k. 
Abang 1 : Kau ponteng pun banyak kali ada hati lak kan.
Abib : Pastu, sepanjang jalan tasik puteri ni,aku buat surau masjid,surau masjid. Surau Al-Abib Kedondong. XD  Bukan macam kau nak buat club lah apa lah. Pastu,aku tak berkira tau ngan ibu,kalau ibu rasa nak makan kat luar ke,aku bawa pergi tempat yang mahal-mahal. Waktu,orang tu tengah tanya order,aku tanya kedai ni berapa? HAHA,senang lah ibu nak pergi,balik,pergi,balik. XD
Abang 1 : Angan-angan tinggi -.-
Abib : Pastu, kalau kereta ibu kotor sikit,dah buang kereta tu,beli kereta baru XD

HAHA,act banyak agi tapi terpaksa berenti di situ. Penat kay . -.-'
Okbye..
P/s: kejar cite-2 dulu baru berangan kayh?

November 12, 2011

I'll never be short (:

Hello chingu(s)
Assalamualaikum korang (: Tajuk esya kali ni memang pelik-pelik saja :) Act,esya baru lepas dengar lagu lenka. Lagu lama lah,takyah tau pun. Kihkihkih, okay esok kelas esya akan pergi KFC. For what? Jamuanlah. Hari tu cikgu nak ajak pergi hi-tea kat hotel,cewahhh banyak duit. Dekat apa entah nama hotel tu,lupa. Pastu,diorang ajak pergi BBQ rumah cikgu. Pulak dah. Memanglah seronok,tapi rumah cikgu bolehlah tahan jauh dari rumah esya pastu malam dan time weekday pulak tu. Mak,ayah tengah penat-penat  balik kerja,nak suruh diorang hantar pulak. Pergh,tak kesian langsung. Korang punya rumah dekat bolehlah cerita. Rumah aku 4 batu dari rumah cikgu(tak sampai 4 batu,tapi still jauh),kau nak cakap apa? Pastu,korang tak fikir penat cikgu,cewah nak tolong konon. Last-last korang pergi snap-snap,cikgu je yang nak kene siapkan semua benda tu. Tak bagus pulakkan. Act,diorang tak dapat join pergi KFC sebab ada yang balik kampunglah,pergi kubur lah itulah inilah. Alahh, korang tak dapat join jamuan kali ni,maybe hari lain bolehkan? Esya tahu,korang memang nak joinkan? Sabarlah,nak buat macam mana. Bagi esya,korang penting juga lah untuk jamuan tu. Nanti korang join hokayy? (: Okay fine,dah habis meraban :) . Pastu, tak jadilah pergi BBQ apa semua tu. Pergi jugaklah KFC (: Alhamdullilah. Okay,thanks for Noor dan Iffah sebab diorang dah kumpul duit kitorang,tanpa mereka tak de lah KFC. Penumbuk adalah. Nak? #joke :3 . Terima kasih juga kepada cikgu yang telah menganjurkan jamuan tu. Dan juga kepada Aila dan Lyana sebab tolong bagitahu cadangan korang. Dan,kepada budak kelas 1 Arif sebab setuju (: Aku sayang erkk, korang :) Bukan senang esya nak cakap cam tu tau. :) Pastu,kitorang kan buat acara tukar hadiah.Okay,shafwan kata dia nak letak cicak,cehh kau. Aku letak gajah terus dekat dalam tu. Kau ambillah buat kenangan,tu Batrisyia bagi. Hahaha,bagus tak bagus? Hemohemo :) Tapi kalau cicak tu dapat kat aku,Aku saman kau X( !
Haha,okay time tu cioa :)
Babai ,

P/s : xoxo

November 10, 2011

Niat korang dah salah :(

Hello chingu(s)
Salam korang, esya nak kongsi something kat korang, act, esya ada baca 1 blog ni , dia memang kutuk habis-habisan kat orang yang berpakaian seksi dan menjolokkan mata. Tetapi dia post semua gambar-gambar yang tak elok tu, esya faham dia nak ingatkan kita supaya tak jadi macam tu. Tapi janganlah post gambar tu, dahlah dia post gambar tu,dia sensor sikit-sikit je.  Cube bayangkan kalau budak bawah umur buka awak punya blog. Tak ke, mereka akan terjebak dalam semua perkara-perkara yang tak elok tu. Dengan titlenya awak tulis 'Gambar yang boleh buat korang jadi gila' . Kita kene tahu, memang niat kita nak ingatkan manusia tapi kita juga kene ingat janganlah sebar-sebarkan lagi gambar sebegitu. Biarkan jelah gambar tu ditempatnya.. Jangan lah kita save dan menyebarkannya. Sebelum buat sesuatu niat kita kene betul. Esya berdoa agar pemilik blog tu insaf lah cepat..
Okay, story mory kedua ialah, 11-11-11 . Fine esya tau tarikh tu seronok kan bagi korang. Niat korang just nak happyhappy kan? Tapi ingatlah sikit, jangan terlalu meng-agungkan tarikh tu.. Ingatlah jangan terlalu ikut sangat budaya barat. Mereka suka kerana mereka nak melalaikan kita. Tolong faham ye kawan-kawan. Syaitan akan cuba sedaya upaya untuk melalaikan kita. Okayy tuje :)

P/s: Renung-renungkan dan selamat beramal :)

Sekolah dan buku :)

Hello chingu(s)
Hai,salam everbadehh.. Title esya kali ni agak pelik tapi ada aku kesah ;) Act,esya pergi sekolah untuk pulang dan buku teks. Ya, memang menyeronokkan -.-t Haha, seronoklah sangat,habis bahu esya lenguhlenguh,sebab esya letak separuh buku dalam beg dan separuh lagi esya pegang.Tak berat pulakkan buku tu hatoii..Menyusahkan hidup betul,kalau buku tu ringan seperti daun tak apa juga.. Ini, lebih berat macam gajah.(hiperbola) Korang taukan hiperbola tu apa,budak sekolah menengah tahulah,kalau budak sekolah rendah entahlah..Okay,sambung topik.Pastu,kitorang pergilah lepak sanasini . Kitorang pergi seveneleven , buku tumpang kat kedai Fathimah(Member kitorang) Pastu, pergi beli hadiah,esya ingt nak letak tikus tapi, tak baiklah prank orang XD . Pastu kitorang beli cincin persahabatan antara esya dengan Lyana..  Esya kene jaga betul-betul cincin tu. Huhhh,,pastu esya ternampak beberapa orang naik motor tanpa lesen, rasa macam nak baling je buku teks yang berat tu kat diorang.. Sebab kan esya masih ada hati dan perasaan , esya tak buat macam tulah.. Lagipun kesian kat family diorangkan. Pastu kitorang gi lah sembang-sembang kat meja bulat :D Ada sorang budak laki tu lalu kat situ,esya kenal dia. Pastu, esya kata dia pondan.  Tiba-tiba Jay kata dia 'GAY' . Haha, memang esya agree,tapi esya tak suka perkataan 'GAY'. Sebab apa? Adalah sebab-sebab yang tertentu :) Dah habis chatting,semua nak balik . Pastu kami semua balik :) Serious penat.. Tapi dah dekat manghrib, malas nak tidur. Nanti malam susah nak tidur. So tu jelah okbye.

p/s: Jangan merempit ya kawan-kawan :)

November 9, 2011

#Wordless Wednesday

shadows will be lost in the light

Hello chingu(s)
Tajuk agak meraban sikit ya.. :)
Tak apa kan/? hikhikhik :D Sebenarnya esya nak kongsi something kat korang.. Esya bukak facebook tadi,sebab boring.. Tetiba tejumpa satu cerita tentang gadis yang direjek.. Nak kongsi lah ni:) Kongsi secara rawak kayy? Nama perempuan tu Maria, dia taklah secantik mana..Dia minat gila kat sorang lelaki ni (nama dia, pencerita tak tulis ":D) Satu hari tu, rahsia dia dibongkar oleh rakan karibnya sendiri,lelaki tu tahu segalanya.. Lelaki tu layan je Maria,satu hari tu,lelaki tu dah beritahu yang dia langsung tak ada hati dekat Maria.. Maria rasa diri dia syoksendiri.. Dan dia malu sangat nak face to face ngan laki tu.. Tapi dia seorang yang tabah,dia hanya berlakon seperti dia telah menerima kenyataan.. Padahal, dalam hati dia bagai di hiris dengan pedang samurai.. Setiap berjumpa lelaki yang dia suka tu,dia rasakan yang itu adalah satu penghinaan.. Kawan-kawannya tak pernah faham tentangnya.. Mereka selalu menyalahkannya .. Setiap hari maria menangis.. Pada suatu hari, maria ternampak lelaki itu bersama kekasihnya.. Mereka sangat bahagia,Maria melihat dengan perasaan yang sedih bercampur sebak.. Maria selalu termenung di tingkap,ibunya risau akan dirinya.. Ayah maria telah membuat keputusan supaya Maria akan berpindah ke luar negara.. Maria bersetuju,kerana dia tahu itulah jalan yang terbaik.. Hari untuk dia berpisah dengan kawan-kawannya telah tiba.. Mereka sedih dengan kepergian Maria,mereka menangis dan terus menangis.. Sebelum dia pergi,dia sempat menyuruh kawannya memberi coklat untuk lelaki yang dia minat tu.Tetapi kawannya terlupa memberinya dan adiknya telah makan kesemuanya.. Dan beberapa hari kemudian, lelaki tu bertanya kawannya dimana maria.. Dengan ringkas dia menjawap 'dah pindah overseas'.. Lelaki itu terkejut,dan dia sangka kawan maria hanya bergurau..Beberapa tahun kemudian, maria kembali ke sekolahnya.. Dengan penampilan yang sungguh cantik dan juga perangai yang sangat teruk. Pada suatu hari, lelaki itu terserempak dengan maria.. Dan lelaki itu senyum kepadanya,tetapi maria hanya membalas dengan jelingan dan bertanya 'you know me?' Dan lelaki itu menjawap , 'takkan sebab aku rejek kau,kau dah tak kenal aku'. Maria tergelak dan dia bertanya semula ' sory eh, aku dah lupa semua yang ada kat sekolah ni, kau pun aku tak tau beruk mana' . Lelaki itu, memang menyesal kerana rejek maria.. satu hari, lelaki tu nak couple ngan maria.. Maria nangis dan berkata 'sebab kau aku jadi macam ni,pastu,sekarang kau nak aku balik? terseksa tau hidup aku tengok kau. Kau bahagia tapi aku terseksa.! Kau memang tak pernah pikir ke ha? BODOH punya lelaki !' Lelaki itu menjawap 'aku tak boleh terima kau sebab aku dah ada awek kau tahu? Takkan aku nak putus ngan dia sebab kau.. Dia cukup sempurna untuk aku. Perempuan yang paling baik dalam hidup aku ialah dia ! Dia tak gatal macam kau . Kau terlalu syok sendiri, sampai aku rimas.kau tahu?'. Maria terus menagis dan berkata 'Kalau kau sayang dia pergilah kejar dia,kau nak apa dengan aku?' Lelaki itu menjawap 'Dia hanya sempurna waktu dulu, bila aku nampak dia dengan orang lain. Aku rasa terseksa'. Maria menjawap 'Okay, aku takkan terima kau sampai aku mati pun .! AKUJANJI !'. Lelaki itu sungguh menyesal dan menjerit 'ILOVEYOU' kepada maria.. Maria pergi , dan hilang.. Lelaki itu tak pernah jumpa maria dannnnn ! THE END :)

p/s: GREAT ! :)

November 8, 2011

Top Model

Hello chingu(s)
Assalamualaikum everybadehh ! Cun tak awek ni.? Dia ni kawan esya. Gambar dia macam model,  so esya pun amiklah gambar dia. Act, dia dah ada balak kot(!) Sebab esya ngan dia tak de lah kamcing sangat pun. Kawan gitugitu. Tahun lepas kitorang kamcing habis. Tapi sebab terpisah,dia RK(pagi) esya A(petang)..
Kitorang berpisah :B .Nak buat cam manakan,takdir. Adalah juga kisahkisahnya kenapa tak rapat sangat. Tapi mana boleh cerita sini,itu privatelah :) Sorry eh ?.
Esya sebenarnya suka pakai shawl.. jyeahh ! Tapi esya tak pandai nak buat yang messy tu.. Bak kata orang baru nak belajar.. Kalau sape baik hati, please ajar :B I can do anything :) Promise..
Asal esya try je pakai messy tuh.. Habis shawl dah jadi cam belacan ! kihkihkih:) Tapi esya rasa ramai yang tak nak tolong kan/?(pemikiran negatif) Sebab blog esya tak delah HOT sangat.. Esya tak terkenal pun :)

Winking :) Ini awek cun yang kedua.. Cun tak? Cunkan :) Hikhikhik,dia kawan kepada awek pertama :B . Esya tak rapat sangat dengan dia ni, tak pernah tegu pun.. Sebab dia hot sangat .. Terasa kecik pulak esya ni.. Bila bergaul ngan diorang.. The truth , esya suka kat rambut diorang.. Pretaaayy + Kemas :)
Seriously esya cakap, kawan dengan diorang best gila:) Bukan sebab hot,but sebab diorang tu takdelah gedik sangat. Sebab diorang pun tak suka budak gedik :B .. Both pandai tau.. Bak kata orang putih, PACKAGE..
Kalau diorang pakai tudung pun cun juga.. Untunglah kan comell :)
Okayy,, cerita pasal shawl kan... huhuhu korang ! Esya merayu pleasepleaseplease.. Ajar ;)

Winkwink,, ini model yang ketiga :)
Dia ni memang palingss cun kau tahu? Gambar sejibik cam model :) Sumpah lawa... Untung mereka kan? Dah lah comel cantik , pandai posing pulak tu .. Haizz ! Jeleous seyy ! The girl name is POPOCHINO.. Nama dia pelik?? Haha, itu nama samaran,nama sebenar kak anis .. Tak taulah kenapa orang panggil dia popochino.. hikhikhik.. Rambut dia ni pun lawa kan? Manalah dia jumpa tempat post tu kan.. Diorang memang layak jadi miss world .. ecehh ,, :) Korang jangan blushing sangat XD ..

Antara kesemua gambar yg esya tengok , the most great picture is :-


Okayy,memang smart gilagila !
Tu jelah kayhh !
Credits:|Facebook mereka|
Ummie Khaleeda
Raja Alis Zulaikha
Popochino

p/s: Enjoyed :)

Komen saya ikhlas :)

Hello chingu(s)
Assalamualaikum everybadehh .
Korang tau kan yang budak form5 SPM. Of course lah tau haizz,kuno sangat ke kitorang ni? Esya memang suka tanya soalan takpandai(bodoh) 
Semoga korang jawab dengan baik dan penuh semangat jyeahh ! Sebab SPM akan menentukan kerjaya seseorang itu. Kalau tak dapat bagus, mak esya kata boleh masuk form5 balik. Tapi korang lambatlah.
Waktu diorang SPM, kitorang dicutikan. Boring! Sampai beberapa kelas tak sempat buat jamuan.. The last day school periksa pulak.. HAHAHA! Kesian kitorang :( 
Esya ada terjah satu blog ni, dia cerita pasal percintaan dia nama blog dirahsiakan supaya tidak berlaku pergaduhan :B. Dia pergi date bagitahu,gaduh begitahu,semualah dia bagitahu.. HAHA! Kepada sang penulis, janganlah kamu sentiasa ceritakan hal privacy kamu. Buat malu saja :B 
Sorry kalau terlalu komen blog korang..
Actually, esya bagi pendapat untuk korang.. Okayy,, seterusnya urm, korang jangan lah terlalu laser sangat mulut. Kadang-kadang esya terjah blog korang, tengok ada perkataan yang tak sepatutnya reader baca. Sebab perkataan itu ialah puncapunca follower lari lintang-pukang.. Yelah, takut dengan post korang yang penuh dengan bahasa kesat.Ubahlah kayy? Kalau nak marah-marah ke nak makihamun orang ke, korang tulislah dekat diary korang. Kalau tulis kat blog nanti orang lain baca buat malu je..
Close story. :)
Kawan esya punya status.. Betulkan , kalau kita putus cinta ke kene reject ke, korang mesti cakap cam tu kan..
Apasajalah .. Ok tu je byebye

p/s: ABIGSORRYKALAUTERASE

Invisible



Hello chingu(s)
Assalamualaikum everybadeeh. Quotes kat atas tu, esya ambil daripada lagu skylar grey(invisible)
Sesuai tak dengan tajuk? Sesuai kan :B Sebenarnya esya nak merungkaikan tentang followers..

Kalau ada follower masuk blog anda,anda tentu akan follow blog mereka balik tetapi adakah anda akan membaca posting mereka?
Itulah esya nak tanya korang. Act, esya tak baca pun posting diorang tapi esya nak berubah kalau ada follower(s) tu follow blog esya. Esya akan follow dia dan akan baca posting dia. :B
Esya tau kebanyakkan korang-korang tak bacakan posting orang lain :) hahaha..So, esya harap korang pun ubah lah. Sebab kalau korang tak baca posting diorang maksudnya buang masa jela diorang post something kat blog diorang. Esya tau kalau post yang gempak habis punya konfem korang layan kan? Haha, dan kepada sesiapa yang buat posting tu ceritalah gempak gempak.. Janganlah korang cite merepek.. Memang diorang tak layan.. Terutamanya kalau korang tulis pasal masalah 'cinta' korang dalam blog.. Follower akan rimas tau.. Esya pun rimas kalau macam tu.. 
Ok that's all..
p/s : renung-renungkan dan selamat beramal (hehe:B)

November 7, 2011

Im done here

Hello chingu(s)
Assalamualaikum everybadehh.. Ok fine , lupakan apa yang ada di atas. Itu intro je :)
Sebenarnya esya baru je lepas edit blog ni.. Yang diajar oleh Lyana :).. Na tengok blog dia? Pergi kat Affies confirm ada nama dia .. A big thanks to her ..Act, esya baru je balik dari kampung.. Kat sana bestlah.. Boleh rasa udara nyaman di kampung.. Fuhh,, sukanya :)
Tajuk itu sebenarnya,maksud dia esya dah boring ngan budak yang naik motor tapi tak ada lesen(sory kalau terasa) .. Tak de lah,diorang ingat kalau bawa motor tu COOL ke? Derr, langsung tak lah. Bila tanya,nak kata tolong maklah , bapaklah , neneklah , atuklah , dll. Tolong mak apa kebende nya.. Pergi lepak adalah! Mak kau pergi lepak ke? Bagi alasan macam-2 .. Haha ! Kadang-kadang nak tergelak golekgolek..
Kalau tak reti buat alasan tu cakap jela. haha! Oklah close story..
SORRY GILA KALAU TERASA
Ok fine,, ini lagi satu.. Cakap bahasa 'rempit' kelakarlah.. Kadang-kadang esya baca status orang yang suka tulis bahasa rempit ni, terbelik-belik lidah..
example given : Aqu nan fwenz nux pegy hangout..nnti chat agy okex?
Banyak lagi sebenarnya tapi esya malaslah nak buat banyak-banyak..

Lepas tu, topic seterusnya.. Speaking tunggang-langgang. Kesian tengok, bukan apanya kalau tak tau english tulis lah BM .. Senang cerita. Bahasa Malaysia kan bahasa kebangsaan.. Haizz!
example given : lepax without fwenz
Apa kejadahnya without friend. haizz!! macam-macamlah.Malas nak komen banyak-2. Kang esya kene maki pulak dah ! HAHA !

Tu jelah yang esya nak kongsi ngan reader.. Esya dah tak larat nak pendam. :( hehe

p/s: Sape terasa , soryy sangatsangat :) Jangan Marah

November 4, 2011

New Look

Hi chingu(s)
Assalamualaikum everybadeehh
New look kan blog esya.. haha.. Pakai blogskin, kepala otak esya dah pecah dah pikir pasal tu. But esya still boleh menaip .. /lawak\ Oh esya tak printscreen sebab PC ni ada masalah sekolah.. Shoutmix kat belah kanan anda tu kan, kalau nak tinggalkan footprints kene tekan chingu(s). Dan kalau nak tulis, korang kene tulis URLblog tak boleh tulis hi hello apa khabar semua tuh. Harap maklumlah ye, sebab esya pun tak paham pahal shoutmix cam tu. Act, esya lupa password lama then esya buat yang baru. hihi.. Esya  tak pandai lagi pakai blogskin, baru nak belajar. Bak kata orang putih, she's a new kids :) Sebenarnya esya tak pandai sangat lukis doodles tapi sebab telalu obses kepada doodles,esya tetap buat blog esya jadi macam ni. By the way, hari ahad ni raya haji.Baru je lepas raya puasa .. dah raya haji .. Masa itu berlalu dengan pantas. Sama macam musim persekolahan, banyak kelas tak sempat buat jamuan. Sebab last thursday adalah hari terakhir sekolah.. Adalah hari yang lain tapi ingat diorang tu rajin ke?? 

esya suka david archuletha
Haha mengarut kan? Kawan esya ada ajar satu ayat ni, IHATEYOUTHEWAYYOULOVEME♥

p/s : Abaikan apa yang ada diatas.. Terima kasih daun keladi :)