HOME ask DASH FOLLOW

August 5, 2011

Homework

*leave her for awhile , ! Jgn jadi macam ni , k*

Seperti yang korang nampak perempuan diatas ini gila ,! So , biarkan dia. Selama 3 hari berturut-turut hujan membasahi bumi , almaklumlah bumi sudah panas,jadi hujan (rahmat) telah membasahi bumi :) Baguslah macam tu, tak de lah panas sehingga membuat bilikku terasa bahang dan hendak aje esya memasang air-cond tapi tak de duit :) Sekarang ni periksa makin dekat, bertimbun-timbunlah kerja sekolah yang harus diselesaikan walaupun kadang-kadang esya tak buat kerja itu.Tapi sebagai pelajar contoh sekolah (perasan) esya membuat kerja sekolah yang tinggi hampir melebihi tinggi KLCC hingga selesai dan hingga terbakar pen! haha , bagus bukan? Senaraikan kerja sekolah yang belum disiapkan :) :

geografi
Kerja ini memang menyakit kan hati , sehingga esya ingin mengoyakkan buku :) Ops , ehem-ehem , kekalkan prestasi menjadi pelajar contoh esya oi ! ^^

Science
Pelajaran ini amat digemari oleh esya , pada zaman dahulu , kerana esya selalu mendapat markah A dalam pelajaran ini , tetapi dibenci esya kerana kecundam pada UPSR , mendapat B. Teruknya! Kerja ini harus disiapkan secepat mungkin , sebelum dimakan oleh guru science . 

Mathematics
Pelajaran yang esya tidak suka . Kerana tidak pernah mendapat markah yang bagus. Kesian! Tetapi esya berjaya mendapat A dalam UPSR. MUSTAHIL ! Tapi itu benar , walaupun esya tak pernah dapat A dalam mata pelajaran ni ^ - ! 

Sejarah
Kemaskini nota dan buku latihan, perkara yang amat dibenci oleh esya . Kepala hotak hampir pecah dengan kerja sejarah ini, apa-apa pun kene kemaskini nota , sebelum cikgu check dan mencubit esya . 

Bukan itu sahaja homework yang ada , jikalau disenaraikan hingga termuntah-muntah korang baca . Itu jelah yang mampu jari - jemari menekan keyboard dan otak memerah macam jus lemon menunggu idea . :) 

p/s : hilang kawan tak semestinya hilang kehidupan :)

No comments: