HOME ask DASH FOLLOW

August 6, 2011

Fikir sejenak


Post ini adalah post yang terbaru .

Hi korang , ini ialah sticky post sehingga 27 Ogos ! Kerana tidak lama lagi periksa menjelang , dan esya tak dapat blogging sama ada minggu depan atau seterusnya . Exam ? Perkataan yang dibenci oleh ramai penghuni bumi . Kerana terpaksa memerah otak dan disekat untuk melayari internet #facebook & blogging . Hanya dibenarkan termenung di hadapan buku sambil membaca satu-persatu perkataan yang berada di dalam buku itu . Walaupun penghuni bumi benci pada perkataan Exam . Tapi itu lah jalan hidup mereka untuk berjaya sehingga menjadi seorang jutawan. Kadangkala ada juga penghuni bumi yang sanggup meniru jawapan rakan :) . Yang pasti bukan esya .Di bulan Ramadhan yang mulia ini bagi penghuni bumi yang ber-agama islam  diharamkan menipu , meniru dll . Jika meniru akan disabit kesalahan dan memasuki mahkamah seksyen 5 yang dihakimi oleh cik Batrisyia #memandai je .Sebelum anda-anda meniru jawapan rakan, haruslah anda meminta izin dahulu supaya tidak disabit bersalah dan memsuki mahkamah seksyen 5 #gila .
Sebagai seorang pelajar yang berjaya , anda semua harus tekun belajar supaya dapat mmasuk Universiti luar atau dalam negara . Jika anda berjaya , anda akan mendapat rezeki yang melimpah-ruah. Bukan setakat tekun belajar , bagi umat islam haruslah berdoa atas kejayaannya . Yang penting happy #again .
Jangan asyik memandang tepat ke arah laptop / pc / ipad dan pelbagai lagi . dan jangan asyik berbloggib facebooking dll . Usaha tangga kejayaan ! Belajarlah pelajaran yang masuk exam sebagaimana anda belajar meng-edit blog. 

kadangkala,ada sesetengah penghuni bumi berputus asa apabila melihat markah exam yang teruk , tetapi kita jangan sesekali berputus asa , Haruslah kita berusaha mencapai ke langit !#maksud esya , kejayaan . Jangan sesekali berputus asa dll. 
Itu sahajalah yang mampu esya kongsi ,
Assalamualaikum

p/s : Syarahan ini 100% disyarah oleh Professor Madya Nur Batrisyia bt Rosli # perasan sekejap.


No comments: